Saturday, June 26, 2010

Sharing~! Importante for ladies :)

Assalamualaikum & hai~!

Harap sihat2 disamping keluarga  n insan2 yang mecintai anda oraite~;)
ai nak share, jumpe kat salah satu website bile blogwalking mlm tadi. Sangat la berguna.

this doa i got from 1 blog which is useful to us, ladies.
Scroll bawah ye~!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   | ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   | ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   | ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   | ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   | ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  V ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



1. Doa utk mengelak kn diri dari dirogol.

Terjemahan : Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim.

2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :


Terjemahan : Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim.
NOTA:



Oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman:Doa diatas dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya) , doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir. InsyaAllah kita dan anak-anak akan terhindar dari menjadi mangsa PERKOSAAN!! Moga2 ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.



Miss Nur: Peliharalah kita, keluarga kita dan keturunan kita dari ai neraka dan kejahatan orang2 kafir.

The creation process of Adam

The creation process of ADAM...

Assalamualaikum & hai~!
Today ai ader interesting knowledge to share. Jom kita sama-sama baca. Ai pun baru dapat ilmu baru bila blogwalking malam tadi. Ai dapat ilmu kat sini. Thanks ye Sharing is Loving.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskanmanusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasahalus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Wallahualam...
Miss Nur:

Thursday, June 24, 2010

Masa senggang~!

Assalamualaikum & hai~!

Apa khabar mu di sana???
Lama sudah tak berjumpa…..
Apa khabar mu di sana….
Sayang…………
Lama sudah tak berjumpa……~!
(*_* ) *****___________*****(^_^)

~pengenalan & intro memulakan langkah balik dalam blog ai yang telah lama suram ineh.
Harap2 sihat sume la ye, sentiasa di bawah rahmat & lindungaNYA. Amin.

Sebenarnya, bukan terlalu lama ai menghilang, sekejap je kan. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai. Last ai berblogging bulan Januari xsialp. Ehehe. Besela carik mood, busy, xder mase, xsempat n 1001 mcm alas an lagik. Hehe. Skang ni ai menulis dari bilik guru, kebetulan masa senggang ni ai ade mser lebih wpun kije ai tk cukup list nak tulis. BANYAK. BANYAK. BANYAK . Beribuuuu2 lemon. Hehehe. Tapi bila dah ada idea untuk menulis, mencatat apa yang terfikir, jadi jangan mensia-siakan peluang yang ada kan.

Kelas ai bermula 10.50 am, kelas 4 Sayang-sayang a.k.a 4 Selasih. Kelas yang paling “tuuuuuut” kat skolah ai. Tapi kami panggil dia kelas 4 Sayang. Hehe. Biar masin & berkat mulut cikgu2 panggil kelas tu 4 Sayang, mane tau suatu hari nanti akan menjadi kelas 4 Kesayangan ramai. Amin. Mudah-mudahan. So, masih ade lagi setengah jam untuk merapu- dan meraban dalam blog using ai neh memandangkan skang baru pukul 10.20 am. Nak cakap tentang pe lagi ye?

Pe lagi ekk?
Pe ye? Pk. Pk jap. *thinking*

Owh ye, cakap tentang keje ai yang semakin menimbun lah, boleh? Oke tk? Hehe.
Oke la kut, ni blog ai, suke2 ai la kan, nak cite pasal kucen ker, pasal burung ke, pasal keje ke, yang penting ai tak kaco owang & blog ai tak menyakitkan & mencederakan owang, baik dari fizikal atau mental.

Jom kita kongsi pasal tugas guru. Bagi ai, menjadi seorang guru ini sangat mudah. Pergi sekolah mengajar. Balik sekolah. Esok pergi sekolah lagi dan balik sekolah. Seterusnya rutin sama. SAMA. SAMA. Dan tetap sama apabila turun pagi dan balik tengahari. Tetapi tanggungjawab seorang guru yang amat berat dipikul. Kita yang mesti pandai mengagihkan masa untuk tugas yang sewajarnya oke. Contohnya seseorang guru itu kena mengajar, mencatat rekod kehadiran murid setiap hari, periksa kelas kondusif atau x, melaporkan ketidakhadiran pelajaran di papan kenyataan, membuat enrollmen setiap akhir bulan, menyemak buku setiap hari (terpulang atas guru tersebut, boleh juga selang 2 3 hari, mengikut kesesuaian).

Yang itu belum termasuk musim peperiksaan, kene buat soalan peperiksaan, print, semak, pembetulan, cetak atau rezo, klip, agih mengikut paper, marking, buat pembetulan bersama murid, analisis peperiksaan (yang ini wajib Nazir akan turun) then isi markah dalam buku rekod murid, laporan PLBS dan laporan adab pelajar, isi markah dalam system dan mcm-mcm lagi.

Sbg guru, kita juga bertanggungjawab menghantar murid ke hospital skiranya ada sebarang kemalangan semasa sesi persekolahan. Mcm ai ken 2 hari lepas, hantar sorang student ke hospital bintulu. Alkisahnya student tu berlari, then lengan die terseret paku bersebelahan korikdor kelas. KOYAK lengannya. Uh~!

Ngeri ai sbg owang yg mabuk darah. Huhu. Berbalik kpd kisah guru tadi, blom termasuk tugas-tugas khas yang dipertanggungjawabkan. Sbg contoh maybe u all kene jadik guru disiplin ke, guru pengawas ke, atau panitia. Mcam ai kat skolah ni, awal2 telah dilantik sbg Guru SMM. Guru SMM tu sm ngan guru data yang mengendalikan data-data murid di sekolah. Jadi,u all yang berminat untuk menyertai profesion ai ni,di alu-alukan. You’re most welcome~! TAPI, kene ingat mental kene kuat tau. Ai sendirik, kadang-kadang, malasnya nak turun g skolah, terutamanya bila dah bercuti lama. Hehe.Kene muhasabah diri balik ni. :p

Oke, time’s up. Need to go. Ai ada kelas rite now. Jom tanam azam nak keje sungguh-sungguh hari ini sempena hari jumaat oke. Tata~!


Miss Nur: Jom kita rajin-rajinkan diri oke~! (p/s untuk loyal reader ai sebelum ineh, ai da replace kata ganti nama diri "aku" kepada "ai" supaya tampak sopan dah ayu. hehe.sekian)

Related Posts with Thumbnails
.

Thanks for visiting

*Nur's Diary*(*_^)