Wednesday, December 24, 2008

Hatiku tersentuh...

LAPANG benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pakcik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu pegawai
itu lagi. "Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. 'Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah. "Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri. "Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. "Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. "Tapi bang..." "Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. "Insya Allah Kis balik nanti abah.

Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis."Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.
Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab.

Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu.
Kini hubungan mereka seperti orang asing. "Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. "Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?".

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah." Intan cuba membuat abahnya faham. "Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!".

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya. "Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi........aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.

Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat.Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya' mereka duduk berborak di ruang tamu. "Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya. "Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan."
"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah. "Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya. "Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga,"

sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis."Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis. "Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,"

sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.
Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya. "Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. "Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?"

Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya
benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya. Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. "Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar. "Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye." "Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah. "Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. "Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk Intan menunaikan solat Zohor dan kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. "Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. "Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...." "Habis tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambik buku nie dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti". Lantas Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya. "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah.

Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. "Terima kasih Intan.

"Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan." "Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...," ujar Pak Uwei.

Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran."Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. "Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?" "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Ya penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna." Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu. "Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.

Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu, dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci.

Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga. "Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita." "Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. "Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju....Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa. "

Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA
untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

Muaz mengerling Azman yang sedang memandu. Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. "Tapi abah rasa macam ada yang tak kena je Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh.

Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman. "Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.

SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. "Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. "Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah. Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan.

Pantas dia memanjat tangga menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar."Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya. "Kenapa Az...kenapa?"
Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu.Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya.

Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang. Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.

Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah. "Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.

Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya' dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dalam keadaan tenang mak," cerita Muaz. Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, ' Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."


***** Bertakwalah kepada Allah dan Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi hayat di kandung badan.....
Penulis Asal: Along


*************************************************************************************

Hatiku tersentuh bace kisah itu, samada rekaan atau kebenaran aku mmg cukup sensitif bile sebut pasal parents...
Setitik..dua titik...air mata terus menitis tanpe disedari..
moga aku tidak tergolong dalam golongan anak2 yang melukakan hati kedua orang tuaku..
Ya Allah berikanlah kebahagiaan kepada orang tuaku...

Alhamdulillah syukur pada-Mu ya Allah, Penantianku selama ini telah berakhir..
akhirnya aku berjaya ditawarkan KPLI di Institusi Perguruan Islam Selangor, Bangi...

Mak n Ayah orang yang paling gembira mendengar khabar ini..Ayah amat berharap agar aku menjadi seorang guru..
Terima Kasih Ya Allah....

Wednesday, December 3, 2008

Catatan detik waktu yang berlalu...

Assalamualaikum w.b.t...


It's now alomost 2 o'clock morning. I just finished editing Nick's Wedding picha..
Start almost kul 1 am td sempat la few pics but has been crush suddenly..adoi...
penat gk ler ngadap komputer lelame...

Plus gewam 4 many reasons :

1) Photoshop lembab-Maybe cause low space Random access memory
2) Kekadang mouse lak wat hal, need to pluf off dlu..sakit ati:-( -Maybe mouse da buruk..
hehhee:-p
3) Tetibe computer wat hal-hang tak pasal2 tanpe sebab-tah aa, majuk kot sbb aku da start
nak carik pengganti die..hheee
4)Tenet lembab-maybe regarding ngn RAM ler, hardisk ler
hmmm atau gk sbb die dh penat nk layan karenah aku yg suke format pc..
ihihihhi.....
5) Loading lama sgt-xlarat aku nk tunggu, perlukan kesabaran cukup tgi
bile load ym @ MSN..malas nk layan aku..huhuhu
6) and reason paling besh ialah..hehhee..aku xlarat da nk pakai komputer ni daaa...cause die dh start wat pangai..kalo x aku syg ag kat die..:-p
syg kat komputer ni..dah pakai baper tahun since zaman mude2 blajar dlu ag..:-pihihi

hmmmm..back to da story, actualy too many things want to write
down here, tp xberkesempatan nk nulis..
komitmen kije, komitmen diri, komitmenfamily..hihi..ader ke:-p
since skola da cuti komitmen titon lmbat n bangun lmbt pun besh gk..hhehe..
Qadha titon yg sblm ni xdapt, syik bgn pepagi dinihari..(ye ke:-S) hikhik..
Stowie ari ni, pepagi aku bgn..edit pixas my nephew baby Abdul Aziz,
wat cover majalh Pa & Ma, susun folder sume and burn Cd.


Separuh Cover majalh Pa & Ma anak buahku yang somei n tiut cam baby gal inih..hhhe
ini anak lelaki jati Ustazah Rohani n Ustaz Ab.Majid~given name Abdul Aziz b.Abdul Majid.

Separuh ag hasil ketuk2 ketik mgunakan macik potosop ini, kene syg selagi gune diew..hhehe
penat mencarik ide2 n inilah hasil keseluruhannye:


I had asked 4 Mr.Dinz already to pick me up at 12.00 Noon, but die mai awal lak..
around kul 11.30 Am..
Cian my mucuk Mr.Dinz tgu aku almost half an hour kat bawah.
Cowey ekk bucukk. Tp kan syg dh ckp soh mai kul 12 lebih kan, hehhee..so syg tk salahkan?

:-p Anyway thanks much to mucuk sebab byk bersabar ngn karenah aku. Nk sgt berubah jadik
gal lemah lembut, baik x melawan gitew..tp bley ke ekk?
:-(

huhu..skang ni aku nk belajar how to be patience jek dlu, yg len2 bley ubah slow2.
(Att utk Mr.Dinz~jgn gelak bace statement ini ehhh..ni betol2 azam tahun baru taw.
nak cakap depan2..GuE MaLuuUUUUuuUUuUuuU:-pp-pppppp) heehhe..

Sebaik saje kije2 aku da setle kat umah, siap2 untuk kua..
First bile kua umah, asked to forgive me, made he waiting me 1/2 jam lebey kuwang..:-(
cowey ekk dear.
xsengaje btol..(mintak maap siap2 kalo terwat lagi:-p hehhe)

Ktaowng trus p Bormas untuk cuci gmbar, sume gambar berjumlah 647 keping.huhu
manyak oo..pakcik mude kat kedai tu pun tergelak..hehheee
Gambr raye, umrah kak ngah, Cukur jambul baby, Hi-Tea awitu..tu lom termasuk gambr2 grad aku..ihhih..

Then right after hantar gambr, g jusco nk carik album..plan nk p mamam dlu kt tempat bese.
Lapar yg amat dh aku nie, dari pagi mane de mamam pe2..skali smpi kat cheras tu, alahai omakk..
jalan jem, teruk bangat!

we have reached our destination..but....:-((

Awat yg pack sgt neh..tak pernah2 ag camneh, 2 x pusing carik parking dgn kelajuan 10km/hour n jalan pun 15 min berhenti wat kitaowang amik kptusan nk parking dlm jusco trus..

Ya Allah, tak abis ctu jek, masuk jusco lagik teruk!
kete langsung xleh nak gerak..awat neh, pehal nehh, dahle aku tengah lapor2 dah..
jadik camtu lak. Masuk entrance "Parking Free Today"..aik???
cam pelik jek...
Owang ramai dah berpusu2 masuk jusco daaa..patutla J-Card member nye day..

Xpelah, patutla rmi owang, uper2 parking free..aku mengomel sndiri..
huhu..ader gk camni ekk:-p

Dekat 45 minit pusing2 xder tmpt parking, aku dh xsabar dah..
nak start ngamuk da skit2..:-p my mucuk dok pujuk2 to be sabar, sbb die pun lapar gk..
adooohai..nak mamam pun punye la susah gak...

Last2 bile aku da ta tahan, aku ckp ngn die, nk p beli ape2 yg ok skit untuk alas perut while he keep looking 4 da parking lot. Die ckp ok klu cmtu, cian kot tgk aku da lapar thp tenuk..:-((

Trus aku mhala ke secret recipe, 2pieces of walnut chocolate, chicken cornish n mineral water..
sempat lagi capai nasik lemak yg xbape nk berlemak sgt..

Da bery yummy Chicken Cornish
+
Chocolate Walnut
:: sebagai alas perut smtara jumpe tmpt parking..huhu

after paid aku naik smule kat parking lot, kete baru je gerak 2 3 tayar..
sib baik aku tuwun tadi..hihihi

To be short, stlh bape kali berlegar2 dpt la tmpat parking. Bile kami masuk jek jusco org ramai still ag pusu2..patut arr ader J-Card member punye day arini uper2nye.lantas aku ajak mucuk wat J-Card gak..hehhee..mane tau kan dpt diskaun per2 ke..:-p

Kmi p solat dlu, then tinjau2 MPH bookstore..satu2 pangai yang takley tinggal bile p kedai buku mesti nengok cookery punye part dlu..
aku beli album dpt diskaun sbb gune J-Card member..hehe
untung gak wat tadi..:-p untungkan???

Resipi Bonda: Koleksi Masakan Tradisional Melayu by Hajjah Teh Mohd

hehehe..Sempat aku tngkap buku masak tradisional melayu seketul, nk praktis ari2 nehh..
hehhee(ye ek:p) die bitau aku jgn smpi buku masak lebey dari memasak..ekkeke...hahaha
statement hampes..:-p

****gmbr2 xbape clear cause my sony is not with me..huhuu****

Balik umah almost kul 6, da penat sgt lps asar trus titon..bangun2 solat maghrib+isya n layan Mertua VS menantu..Besh gak citew tu:-)

tingat lak member2 dok tanye piCs nik tawen mane..aku ckp inshaALLAH nk upload..MasyaaLLAH ape nk jadik ngn aku neh..

Wedding invitation card, designed by me.
Orange theme lagie..kad kahwin aku nti nk theme color pe ekk..
ihhihihiih

cian dowang wat tgu2 lak..sowey yek kengkawan, as a promised
sempt gk aku edit seketul dua before balik raye...Mengimbas kembali saat2 mereka disandingkan, hehehhe..
Orange theme gitew..aku pun ape lai ikut theme dowang la kan..
siap jadik munge telur gal lagik...
hikhikhik

Nick & pasangan on her wedding day ~20 th Nov 2008.
Da kawen da kawan aku neh..biler lak turn aku ekkk??

Antara kami bertiga, Eijah, Nick, aku, Nick telah mendahului kami..:-p
ko bile lak jah...(^_^) nGgeNggee..

Manakala antara kami berempat, Eijah, Diana, aku n Nick..Diana telah menjadi juara..
hehhe..tahniah ye dear, da dapat cowang baby laki cute mute ag:-p
Muhammad Ammar Che Anuar yekk (btol ke eja camnehh)
hihiihhihihii

Kenangan maser my besh fwen Diana and husband on her wedding day
cian hubby die patah tgn 10 hari seblom majlis berlangsung..
aku ingat ag ko call aku maser tu naa!
simpati aku..huhu

Baju merah ni santeq la wahai penganten...hehhee
aku tak sempat nk tengok ko nye persandingan sbb kene p kl awal kan..
anyway aku tetap p gak walau awal2 pagi, gulai xmasak ag..
:-p
sblm terlupe, aku nak wish happy birthday to my very besh fwen Diana yg ke-25..
baru tua ko ekk?
ihihihih
Moge panjang umur dn murah rezki serta berkekalan kebahagiaan ye dear..
MmMmMmMmMmmuAaAaAaAaAHh (*_*) hehheee

Pixas penutup untuk malam ini sebelum menutup tirai.l.hiihih
Words from us to penganten bawu Nik Anun Marni & Rasnan Helmy.
Sayang kowang bangat!
(Dowang neh aku kwn since form1 till now..means almost 25-13 = 12 tahun kitowang berkawan, bbbaik sesangat..hope our frienship is still ramaining in our mind)

So sblm aku menge'Off kan diri utk mlm neh, selamat bercuti yaaaa..
Aku balik sok malam, tiket pun aku da amik awal2 ag..hehe..takut abis:-p
(tp kelantan banjir skang, harap2nye da ok nnti..inshaALLAH)
so sblm balik raye aku mohon maaf zahir & batin dari kalian sume..
Sama2 kite mgambil peluang untuk lebih lagi menuju ke arah kebaikan..Selamat Hari Raya AidilAdha..

Kad Raye aidilfitri tuh..hihi..tape kan kalo tuko jadik aidiladha??
aku xsempat nk wat untuk aidiladha nye version..hihi
so terimalah salam kemaafan dariku untuk semua..
"SELAMAT MENYAMBUL AIDILADHA"

p/s : Untuk eijah nti aku hedits2 gambr kitew ekk..
sekeping jek sempat cause komp. aku wat hal....
sabarlah wahai hatiku..huhuhu
Untuk Diana, Na tgu nti aku nk p jalan umah mu tau..
nti aku upload ag gmbar moknik lps raye nti..
InshaALLAH.

Tuesday, November 25, 2008

Malam Anugerah Part 2

Hmmmm...how can i start da carita again??
bley tak copy paste jek..cause am not good bab2 penulisan nehh..
hahaa..
~~Malam Anugerah CUIS~~Dipetik original dari Cahaya Ummi Islamic School Site~~
Ngeeee~~ngeeee (^_^) + (*_*)

Gambo tu original edited by Siti Nur Hawa MS yaa..teks jek ciplak...nggegegeeee:-p

"Pada tanggal 14 Nov 2008 telah berlangsung Malam Anugerah Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi @ Cahaya Ummi Islamic School untuk tahun 2008.

Malam yang penuh gemilang itu adalah khusus untuk menghargai kecermerlangan Pelajar2 serta malam dimana para pelajar mempersembahkan bakat masing masing melalui alunan bacaan ayat2 suci al quran, hafazan, persembahan nasyid dan drama pentas.

Malam tersebut juga adalah malam detik perpisahan bagi para pelajar tahun 6 yang akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah.

Semuga Allah S W T terus melimpahi rahmat dan keberkatan nya buat CUIS dan seluruh warga pengajar dan para pelajar, serta kepada setiap ibubapa yg mengambil telah memainkan peranan penting dalam memajukan CUIS."

Hehheeheeee.....
Tamat suda edisi mengopi n mengepaste :-p
da ngntuk nunggu potosop punye da makin lembab...:-((
nape lahai jadik camni nehh..
ekceli gewamnye potosop aku nehh..slalu wat hal..da ilang mood ngedit n hapdets..
ni yang nak cepat2 dapat VAIO!!
hukhukhuk...bile ley VAIO ekk?? :-D
InshaALLAH if there's free time,i'll write down bout da carita balik tabir of dat's nite..
hmm..to my besh fwen eijah..~~ sowie ekk dear, aku lom sempat ag nk edit Wedding's PICS Nick+Mat6 Cause busy kat skul..ader xtra class, okis dear..?
but i'll try to make it ASAP..
Bergambo gedix before p kenduri while waiting for friend~lelly to pick me...
Untuk kelansungannye majlisnye later on aku hapdetskan storynye~~chow!



Tuesday, November 18, 2008

Malam Anugerah Part 1

Alhamdulillah..cuti sekolah bermakna tugas mengajar telah pun selesai but..(tak termasuk extra class oke)..Syukur Ya Allah..i've done my task, Syukur Ya Allah for da helps u gave me..
Syukur Ya Allah for da everythings!!!
As for now nk upload video yang telah ku berstrugle ngn Ustazah Zurakartina..kami bertungkus lumus workaholic untuk slide show kami..hhehe
Citer untuk malam anugerah nti i'll write down later oke coz malam ni nak balik kg attend my besh fwen wedding Nick Anun Marni and her pasangan nye my beshfwen gak Rasnan Helmy. So after dis nak kemas2 barang..
Layanz video jap ekk

deii..macam de problem jekk ngn video neh..doesnt matter instead of dea video, i put dis pic here..
yang ni ade dlm video but kat cni objek statik ler..
hehhe

Monday, November 17, 2008

Layanz tag dari Farah..

sowie ye farah..baru dapat mengetag hiihhi..ni pun ader g kije in mind..tp biarlah dlu..layan ngetag jap..:-p maakk ai sembilan ploh soklan..dush sabo jelah ek..cam artis lak ngetag2 camni..haahaa (perasan artis jap:-D)

01.Real name
: Siti Hawa MS
02. Nickname : Nur (Family + besh friends) Ct a.k.a Hawa (Friends) Tek (Close Friends) manyakk kan.hehehe
03. Status : In a relationship but gonna be Mrs.Dinz coming soon..huhuu..bile tu:-p
04. Zodiac Sign : Taurus (Hot Temper..haha not tempe jawa tus:-p!)
05. Gender : Female
06. Age : 25 Years old just nice..hakhak
07. High School : Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, KK
08. College : Nothern Universiti of Malaysia, Sintoque
09. Height : 156 cm
10. Weight : 52 kg
11. Do you like yourself : Yes, absolutely! Without no doubt eheh!
12. Piercings : Thinking..eheh..ade ke:-p
13. Right or left : Hmm..maybe right first then followed by left..hehhe
14. Are you a freak : hahaha..ader ke? Addicted maybe:-p
15. Hair : long straight hair paras pinggang:-p da nk curly coz sllu tied die,,heheh!
16. Skin : dush..Hindi-Chinese = Malay skin kot ekekke
17. Allergic : Mushroom..ader jenis2 die :-(( nek bintik2 ngeri ouch!!
18. What are you doing now : Just coming back from SOGO
19. What will you doing 1 hour later : Mamam..maybe..hehe
20. What will you doing 10 years later : Being a good wife, bestest mummy to be:-p
21. Live with mother/father/parents/family : Currently nope..menyewa with fwens..mum+dad so far2 away maaa
22. Siblings(included you) : 9
23. Eldest : Sister~36 Years old.
24. Youngest : Lil’ sis.. NuRuL IzZaTie ~~ Good Luck In Ur Exam Dear!
25. Love/hate your family : Really love them like crazy..hehhe..ye ke crazy:-p
26. You found your another half : Maybe..Hope so..Ameen..Pray for us please..
27. If yes, who is he/she : There is no answer coz only yes/or no..my answer is maybe..then what am suppose to give da answer?
hehe
28. Who you want he/she to be : Himself..no one else.
29. Time(s) you in relationship : hmmmm..should I’ve 2 count it..? hahhaa
30. Ever woo boy/girl : hmmmm…still thinking :-D
31. Anyone woo you before : Ader..Secret cikit..hakhakzz
32. Did anything wrong to your other half : Maybe nope..
33. What was/were the wrong you had done : hehe..tak de kan kan..:-p
34. Ever argue with your other half : Maybe just majuk2..haha..nak kan perhatian jes:-D hikhik
35. You with your other half since : 08/08/07 kene ingat neh tau..kang kene cubet!
36. Are you straight : Sometimes but mote to panas baran lebey2:-D

37. Reasons you love your other half : Really loving person, Comelz+encem one di mate saye ,and die bery2 nice sesangat! Thanks dear coming into my life..
38. You and your other half in which stage : We still have two Steps to go..hehe
39. You woo he/she or he/she woo you : Of cos he..
40. Ever think of marry he/she : Nope..never cause don’t really like kelantanese guy..but at last..hahhaa
41. Your first best friend : Hmmm..sume kawan baik..ader lerlebih baik ke..jap pk.hikhikhik
42. Your first enemy : Hmmm..xder enemy cume tak shuke je:-p
43. The friends you love the most : S59743 this number belong to her!
44. The enemy you hate the most(1only) : Musuh manusia..The Devil!
45. Your most beautiful girl friend : Some of them are beautiful
46. Your most handsome boy friend : Some of them are handsome
47. The kind of girl you hate the most : Pretender that always pretend to be kind!
48. The kind of boy you hate the most : Tak gheti2 bahase..huh..ader type laki camneh.haha
49. You fall in love with your close friend before : Hehe..tak kot..

ehhhh..mane soklan 50 nye farah??ihiii.untung satu soklan daaa...:-p

51. If your friend backstabbing you : Paling hampes..never giving second chance :-< 52. If your friend betray you : Let them be..malas nak amik tau daaa
53. If your friend woo your lover : Saketnye ati..pedih ulu jantung..ahhaa..pernah jadik to mee daaa

54. If your friends fall in love with you : Depends on da situation..but maybe nope..huhu
55. If you fall in love with your best friend : huhu..xder beshfwen guys daa…

56. Are you a good student : Hahaa..funny question maybe! Honestly I’m not :-D hahaa
57. You always done your homeworks/assignments : Ade jugak xciap…pastu main merapu antar bawah pintu lecturer..dapat markah gak..hahaa
58. The teacher/tutor you love the most : Teacher Wan Phen~English Teacher Form 3
59. Always late to school/college : Hahha..time study always.. :-p klas 10.30, 10.25 baru kedek2 jalan :-p hahha! S59743 miss u and da memories a lot!

60. Your class : Sometimes..hhee..
61. You love your seniors : Hmmm..adeh banyak nye soklan…huhuu

62. Senior who you love the most : Ader but cant mention here nti die perasan :-p ..hahaa

(Question ni kene redBLOCK sebab ader owang marah tau..die cidey..so telling u all outside there sye just love die cowang jek tau..Mr.Shahruddin Hashim.Dah jangan jeles ag taw!(*_*)
xder pun nak love2 owang len ....:-)

63. Your classmates good/bad : Guddest!
64. Excellent result classmate : Forgot da name…hehhee
65. Laziest classmate : I’m one of them..hhaaa
66. Smart people : Manyak..kene count balikk..huhu

67. Stupid people : Manyak juge..but tengok dlm klonteks pe..hahhaa
68. Good looking people : kat uum tak npk pun type nehh..hahaa
69. Ugly people : maybe ader..but Allah bg kelebihan memasing..kan kan..

70. Funny people : heheh..kadang2 dowang mmg tak payah pk lawk..
71. Cute people : Ader yg comel2 gewam nak tawek pp..hahaa
72. Bad people : Pro n Kon..ader baik ader jahat..ader la kot..but I’m not tau! hikhik
73. Honest people : Trying to be..
74. Acting people : Ini leh dikatakan agak hampes klu tergolong..haha
75. You are what kind of people : Talkative person but very strict in career, ikut mood sometimes, hot temper..perubahan nti..ckit2…
77. Hugs or kisses : Prefer Hugs...
78. Shorter or taller : Taller kot
79. Hesitant or spontaneous : Spontaneous lebih natural
80. Nice stomach or nice arms : Stomach kadang nmpk kiut hahhaaa
81. Listener or talker : Dush yang ni prefer talker kot..hhaha
82. Romantic or rich : Both penting tau..Tp romance kene lebey skit pas tawen..haha
83. Good husband or Good Father : Nak due2
84. Age to get marry : Hmmm..Depends on……..waiting for da……result on Dec..:-D tell u all later yaa..hehhe
85. Numbers of kid(s) : Not in mind yet
86. Career : English Teacher @ Tincher a.k.a bak kate my fwen eijah..hahhaa (bercita-cita nak jadik guru berkaliber
87. Salary : RM 6000 per month pun dah oke..haha but bley ke?:-p
88. Retirement age : 58 nak kije lelama..besh2..hahhaaa
89. Properties value : Hehehe..ader skit2 :-D
90. Wishes : Freedom Life + Dirahmati Allah + Ketenangan Dunia & Akhirat…Ameen.

Uhhhh..lega ciap daa farah..nur da bayor tag nie..haha poenat juge eden nak pikio mende2 ni..hehe aper yang terlintas main tangkap muat je..Tp besh gak main2 game jawab2 soklan cowang2 nehh ..ahhaa

Lepas busy ari anugerah busy shopping plak..ni pun baru balik dari SOGO..hehhehe

Nti sok2 da free Nur bayor utang tag lagi satu yekkk

hehehe


Ader dua owang mangse tag ku!!

hiiih..sile2 ye:

Pemenang Pertama : My Besh fwen Eijah

Pemenang Kedua : Best Blogger YatEkram
Related Posts with Thumbnails
.

Thanks for visiting

*Nur's Diary*(*_^)