Sunday, October 11, 2009

Cite D'sebalik guide+panduan Isteri & Bakal Menjadi Isteri...hehe (*_*)

Dlm suasana masih dbulan sywal neh, sane sini ade open ouse..smlm opis lama n ekceli yang ni lak aku baru je balik dari umah Puan Sariza, naqibah sepanjang di maktab but now die dah sambung blajar full time so die wat makan2 utk kitowang satu kelas...


Besh je tengok dowang laki bini, heppy family..Pn.Sariza ni kecoh2 gak owang nye..suami die pon sporting..hehhe...Dlm dok sembang2 siap tanye aku n the singles geng ble nk berdua..hihih.

InshaALLAH...Tawon depan ye puan..hehhe..so die ader gk bagi tips2 utk kebahagian hdup berfamily..kte pompuan kene byk mengalah..huhu..tol ke tuh? aku dah ler jenis yg hard head...hahah..:-p..kat bwh ni kwn aku bg email sbb nk soh check out adkh aku ini tergolong????:-p


"Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya" ------------> Btol! tapi jarang22! eh kadang2 selalu!!:-D

Skang ader bunge2 sakitkan ati die, majuk mesti muke masyam.

"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga"--------------> Btol! Suke gak merungut2!:-p

"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial"-------> Tak btol gak yg ni! Suker bersosial:-))

"Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri"-----> Salah! xsuker bohong die:-))

"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan" ---------> Btol! Kadang mintak itu ini:-p

"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah"---------------> Btol! Kadang membantah je kije!:-P

"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai"-----------------> Btol! kadang nk aku jek btol..huhu:-p

"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya"--------------> Btol! tak pk perasaan die, nk tido ker, nak mancing ker..asyik kene kaco ngan aku...huhu:-p

"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya"---------> Salah! rasernye tk kritik g kot..skit2 tu bese lar..hehe

"Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat"------------> Btol..aku agak cerewet..cian die..huhu3

"Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya"------------> Salah n Btol! kadang btol kadang tak! cepat nk marah besenye...HOT TEMPER skit..huhu..caner nk wat ekkk???

"Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami"-------------> Salah! hehhehe....suke make up n wangi :-p

"Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda dihati mereka"-------------> Salah! Suke beri perhatian..lebih2 ader ler:-p heheh

"Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senangdan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga"----------------> Btol sgt...! hehehe...cian die kadang..rimas??

"Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai"---------------> Btol..!! huhu..byk yang btol jek ni..uwaaaa

"Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami"------------> Btol gak..:-(

"Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan. -------------------> Yang ni paling btol...huhu..aku jenis susah nk ngalah,...uawargh,...kene byk perbaiki neh...:-DDD


Pasni aku kene lebey usaha skit taley nk manje2 sgt la ekk...Ehh2 silap boley tp kene kurang2 skit yang byk btol kat atas tuh...hihihi....

Sekurang2 ader gk niat:-))

****Nota Kaki : Syape Si die? hehhe...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Related Posts with Thumbnails
.

Thanks for visiting

*Nur's Diary*(*_^)