Thursday, June 24, 2010

Masa senggang~!

Assalamualaikum & hai~!

Apa khabar mu di sana???
Lama sudah tak berjumpa…..
Apa khabar mu di sana….
Sayang…………
Lama sudah tak berjumpa……~!
(*_* ) *****___________*****(^_^)

~pengenalan & intro memulakan langkah balik dalam blog ai yang telah lama suram ineh.
Harap2 sihat sume la ye, sentiasa di bawah rahmat & lindungaNYA. Amin.

Sebenarnya, bukan terlalu lama ai menghilang, sekejap je kan. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai. Last ai berblogging bulan Januari xsialp. Ehehe. Besela carik mood, busy, xder mase, xsempat n 1001 mcm alas an lagik. Hehe. Skang ni ai menulis dari bilik guru, kebetulan masa senggang ni ai ade mser lebih wpun kije ai tk cukup list nak tulis. BANYAK. BANYAK. BANYAK . Beribuuuu2 lemon. Hehehe. Tapi bila dah ada idea untuk menulis, mencatat apa yang terfikir, jadi jangan mensia-siakan peluang yang ada kan.

Kelas ai bermula 10.50 am, kelas 4 Sayang-sayang a.k.a 4 Selasih. Kelas yang paling “tuuuuuut” kat skolah ai. Tapi kami panggil dia kelas 4 Sayang. Hehe. Biar masin & berkat mulut cikgu2 panggil kelas tu 4 Sayang, mane tau suatu hari nanti akan menjadi kelas 4 Kesayangan ramai. Amin. Mudah-mudahan. So, masih ade lagi setengah jam untuk merapu- dan meraban dalam blog using ai neh memandangkan skang baru pukul 10.20 am. Nak cakap tentang pe lagi ye?

Pe lagi ekk?
Pe ye? Pk. Pk jap. *thinking*

Owh ye, cakap tentang keje ai yang semakin menimbun lah, boleh? Oke tk? Hehe.
Oke la kut, ni blog ai, suke2 ai la kan, nak cite pasal kucen ker, pasal burung ke, pasal keje ke, yang penting ai tak kaco owang & blog ai tak menyakitkan & mencederakan owang, baik dari fizikal atau mental.

Jom kita kongsi pasal tugas guru. Bagi ai, menjadi seorang guru ini sangat mudah. Pergi sekolah mengajar. Balik sekolah. Esok pergi sekolah lagi dan balik sekolah. Seterusnya rutin sama. SAMA. SAMA. Dan tetap sama apabila turun pagi dan balik tengahari. Tetapi tanggungjawab seorang guru yang amat berat dipikul. Kita yang mesti pandai mengagihkan masa untuk tugas yang sewajarnya oke. Contohnya seseorang guru itu kena mengajar, mencatat rekod kehadiran murid setiap hari, periksa kelas kondusif atau x, melaporkan ketidakhadiran pelajaran di papan kenyataan, membuat enrollmen setiap akhir bulan, menyemak buku setiap hari (terpulang atas guru tersebut, boleh juga selang 2 3 hari, mengikut kesesuaian).

Yang itu belum termasuk musim peperiksaan, kene buat soalan peperiksaan, print, semak, pembetulan, cetak atau rezo, klip, agih mengikut paper, marking, buat pembetulan bersama murid, analisis peperiksaan (yang ini wajib Nazir akan turun) then isi markah dalam buku rekod murid, laporan PLBS dan laporan adab pelajar, isi markah dalam system dan mcm-mcm lagi.

Sbg guru, kita juga bertanggungjawab menghantar murid ke hospital skiranya ada sebarang kemalangan semasa sesi persekolahan. Mcm ai ken 2 hari lepas, hantar sorang student ke hospital bintulu. Alkisahnya student tu berlari, then lengan die terseret paku bersebelahan korikdor kelas. KOYAK lengannya. Uh~!

Ngeri ai sbg owang yg mabuk darah. Huhu. Berbalik kpd kisah guru tadi, blom termasuk tugas-tugas khas yang dipertanggungjawabkan. Sbg contoh maybe u all kene jadik guru disiplin ke, guru pengawas ke, atau panitia. Mcam ai kat skolah ni, awal2 telah dilantik sbg Guru SMM. Guru SMM tu sm ngan guru data yang mengendalikan data-data murid di sekolah. Jadi,u all yang berminat untuk menyertai profesion ai ni,di alu-alukan. You’re most welcome~! TAPI, kene ingat mental kene kuat tau. Ai sendirik, kadang-kadang, malasnya nak turun g skolah, terutamanya bila dah bercuti lama. Hehe.Kene muhasabah diri balik ni. :p

Oke, time’s up. Need to go. Ai ada kelas rite now. Jom tanam azam nak keje sungguh-sungguh hari ini sempena hari jumaat oke. Tata~!


Miss Nur: Jom kita rajin-rajinkan diri oke~! (p/s untuk loyal reader ai sebelum ineh, ai da replace kata ganti nama diri "aku" kepada "ai" supaya tampak sopan dah ayu. hehe.sekian)

No comments:

Related Posts with Thumbnails
.

Thanks for visiting

*Nur's Diary*(*_^)