Monday, July 19, 2010

Ayam Percik Istimewa Kelantan plus sayur goreng~!

Assalamualaikum & hai~!
Sowie baru menjengah blog, bile bz mood untuk melawat blog pun tergendala..hehe. Jadi seperti yang dijanjikan, ai nak share resepi Ayam Percik Istimewa ala kelantan & Sayur Campur Goreng~

Ekceli dah lama nak share sejak kak niza mintak resepi hari tu, sowie ye kak~ baru berkesempatan. Lepas ni akak try wat sendiri ye..hehe.

Kat bawah ni ada ringkasan bahan untuk dua masakan tu. Xsusah.  Selamat mencuba :)

1- Ayam Percik Istimewa Kelantan.

Bahan untuk Ayam
 
1) Ayam - dipotong empat (1 ekor)
2) Bawang putih (4 ulas)
3) Halia (2 cm)
4) Garam (sedikit)
5) Serai - untuk mengalas periuk (4 batang)


Bahan untuk Kuah Percik
1) Santan (2 cawan)
2) Halia - dihiris nipis (2 cm)
3) Bawang Merah - dihiris nipis (4 ulas)
4) Serai - dihiris nipis (4 batang)
5) Gula dan garam (sedikit)
Cara-cara untuk memasak ayam percik ini:

Mula-mula, kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air. Kisar sehingga hancur sebati

Seterusnya masukkan bahan tersebut ke dalam periuk, diikuti dengan santan, garam dan gula. Kacau rata dan ketepikan sementara

Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur, dan masukkan sedikit garam. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan ini.

Selepas itu, masukkan sedikit air ke dalam periuk yang dialas serai tadi dan aturkan ayam di dalamnya. Kemudian curahkan sedikit, bahan untuk kuah percik tadi ke atas ayam

Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga ayam empuk

Sambil itu masak kuah percik tadi sehingga separa masak.
Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul dan ketepikan dahulu

Apabila ayam tadi telah empuk, angkat dan aturkan di atas penyepit untuk dibakar.

Panggang ayam tersebut dan balik- balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar warna.

Seterusnya, curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan ayam tersebut dan bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering.

Ayam percik ala kelantan pastinya enak dimakan sebagai hidangan bersama nasi mahupun diratah begitu saja.
Sodap aihh.hehe.


 (Kuah yang selebihnya boleh di curahkan ke atas ayam yang siap dipanggang dan sedia untuk dihidangkan dihidangkan.)

 Ayam Percik Istimewa Kelantan sedia untuk di mamam~! Nyum3~!

Miss Nur: Tips untuk lbh umpphhh~ 2 batang serai diketuk, kemudian gunakan serai ini untuk menyapu sedikit minyak semasa proses memanggang, tp jgn sampai TERhangit~..hehe. Selamat memasak~ :)

2- Sayur Campur Goreng 


 Bahan-bahan:

1) Brokoli (100g), Lada Benggala (Hijau +Merah)
2) Bunga Kobis (100g)
3) Jagung Muda (100g)
4) Kobis Cina (100g)
5) Lobak Merah - dipotong nipis (1/2 biji)
6) Ayam - dipotong dadu (50g)
7) Sotong- dipotong bulat
9) Udang - dibuang kulit
8) Halia Muda - ditumbuk (1/2 cm)
9) Tepung Jagung (1 sudu besar)
11) Stok Ayam (sedikit)
12)
Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
13) Serbuk Lada Sulah (sedikit)
14) Gula (secukup rasa)
15) Garam (secukup rasa)

Cara untuk menumis sayur ini:
 
Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan halia. Masukkan ayam, kemudian sotong diikuti udang.Kacau hingga empuk.
Masukkan lobak merah, stok ayam, garam, gula, dan serbuk lada sulah. Biar mereneh hingga lobak empuk. Masukkan air jika masakan kering.
Masukkan brokoli, sayur lobak hijau, lada benggala (merah +hijau) dan bunga kobis.
Pekatkan kuah dengan tepung jagung yang dicairkan dengan sedikit air.
Masukkan kobis cina dan jagung muda.
Goreng hingga semua bahan empuk dan sebati sebelum dihidang.



 Yay~! dah siap sayur campur goreng~! :)
Simple je kan cara nak buatnya? Selamat menggoreng sayur. Hehe.


Miss Nur:Sayur goreng ini sangat ringkas dan senang dimasak. Jadi ringan2kan tangan untuk nyalakan api dapur anda~! :) Boleh juga diubahsuai mengikut citarasa anda.



No comments:

Related Posts with Thumbnails
.

Thanks for visiting

*Nur's Diary*(*_^)