Wednesday, June 30, 2010

Baru? Masih baru? Owh..ai baru tau~! :)

Asslamualaikum & hai~!

Apa khabar rakan2 n pengunjung2 serta smua2 yang setia blogwalking tanpa jemu. hehe.
Alhamdulillah syukur kerana ai masih disini, berpeluang menarikan jari jemari di keyboard usang pada malam ni(ceh, ayat sastera) hehe. Harap kita semua di dalam Rahmat-NYA. Amin.

Berbalik kepada tajuk. Baru? Masih baru? Owh...ai baru tau~! :) apa kaitan dengan entri ini kan?

hmm, sebenarnya ai dengan dunia blog ni dah lama, since masa belajarlagi dah tau selok belok blog. Ai masih ingat masa tu subjek Perkhidmatan Teknologi Internet, lecturer yang bg tjuk assignment create blog anda sendiri n die nak URL tu. So, ai dalam dunia blog dah lama, cuma commitment je yang tak berapa ada sebab bz dgn khidupan dunia & akhirat (akhirat skit je compare ngan dunia) muhasabah2.

Cuma yang membuatkan ai masih baru ialah widget2 n gadjet2 dlm blog ni. Masa ai keje IT dlu, sllu explore coding2, familiar jgak la kiranya. Yang ai nk kongsi mlm ni ialah cari pendapatan guna internet. Aik? iye ker, cam tak caya je. hehe. tu ai tak boleh nk jamin, sebabbbbbbb..ai masih baru, baru n masih belajar.

U all penah dengar nuffnang x?

jom kita share :), moga sama2 kita dapat manfaat bersama.

Apa Itu Nuffnang


Nuffnang merupakan salah satu syarikat pengiklanan melalui blog di Asia Tenggara ini. Orang yang bertanggungjawab tubuhkan Nuffnang ini adalah Timothy Tiah Ewe Tiam dan Cheong Ming Shen. Kalau nak tahu, Nuffnang sebenarnya mempunyai hampir kesemua blogger-blogger professional di tana air kita ini dan blogger-blogger ini dengan jayanya telah mengaut keuntungan melalui iklan-iklan dari Nuffnang. Tiga cara, yang setakat aku ketahui, untuk menjana pendapatan melalui Nuffnang adalah Cost Per Click (CPC), Cost Per Impression (CPM), dan Advertorial.

Bagaimana cara Nuffnang bekerja?

Nuffnang merupakan satu syarikat yang menjadi ala-ala orang tengah antara pengiklan dan blogger. Nuffnang akan menentukan blog-blog mana yang sesuai untuk iklan-iklan tertentu. Sebagai seorang blogger, blog korang akan dijadikan tempat untuk meletakkan iklan-iklan oleh pengiklan melalui Nuffnang. Setiap klik atau impression menjana sen yang akhirnya bertukar ringgit. Bagi blog-blog baru, aku cuma sarankan kukuhkan dulu traffic ke blog sebab traffik adalah kunci pada pendapatan Nuffnang anda. Ya TRAFFIC. Semakin tinggi traffic, semakin mahal iklan yang dipaparkan di blog anda, dan semakin besar kemungkinan ianya diklik oleh pelawat-pelawat @ traffic.

Kedua-dua ini adalah contoh iklan Nuffnang dari Sony. Yang pertama memanjang itu dikenali sebagai Leaderboard dan yang berpetak kedua ini adalah Large Rectangle. Sebagai seorang blogger hingusan, ai tidak lah menjana pendapatan yang tinggi dari Nuffnang. Ini kerana blog-blog ai bukan org glemer. hehe. Namun, jangan terkejut kerana sesetengah blogger mampu menjana lebih dari RM 1K sebulan melalui Nuffnang dengan hanya satu blog sahaja. Rahsianya sudah tentu traffic!.

Ai pun masih dalam proses pembelajar. As what im said. i'm new as a nuffnagger. hehe. Jom kita sama2 belajar n sama2 klik nak??? :), inshaallah kalu ada masa, ai akan kongsikan mcmna nak tingkatkan traffic~!

So, apa yang perlu u all  lakukan sekiranya nak mula mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog?

Pertama sekali kenalah mendaftarkan diri sebagai blogger rasmi Nuffnang. Klik sini untuk mendaftar. Isikan apa-apa yang patut dan sepastinya maklumat yang benar. Yang paling penting nama dan alamat sebab Nuffnang akan menghantar cek ke alamat yang didaftarkan setelah cukup wang untuk request payment.



Kemudian, daftarkan blog korang dekat Nuffnang. Klik ikon buku Blog Manager di menu belah atas. Isikan semua persoalan-persoalan yang diperlukan. Tujuan soalan-soalan ini alah untuk kenalpasti blog u all tentang apa dan memudahkan Nuffnang membahagikan iklan-iklan nanti. Sesudah daftarkan blog, u all boleh mula mendapatkan HTML code untuk iklan. Klik saja ikon oren Add Ads. Terdapat 3 jenis papan iklan yang boleh u all pilih iaitu Leaderboard, Skycrapper dan Large Rectangle.

Bagi pengguna Blogger.com, u all boleh meletakkan iklan dengan add gadget HTML code. Ini adalah cara yang paling simple. Namun untuk memasang Large Rectangle, kerja-kerja teknikal diperlukan sedikit. Pada yang belum ada blog, oleh tinggalkan komen & ai akan cuba buat entri bagi yang beginner to create blog~!

Rasanya dah cukup panjang lebar kan apa itu nuffnang, tapi kalu u all nk belajar tentang nuffnang, boleh blogwalking disini.

Yang penting kene ada usaha, keyakinan dan rajin2 kan diri untuk explore ilmu-ilmu baru. xsalahkan, disamping pertambahan ilmu dapat juga tambahan pedapatan sampingan untuk kawen ;) hehe.








Miss Nur: Blog bukan kerana duit, blog kerana CINTA blog~!

No comments:

Related Posts with Thumbnails
.

Thanks for visiting

*Nur's Diary*(*_^)