Thursday, October 28, 2010

create post via my bb~

Salam & hai!

This my 1st post via my bb.. Ngeh3! Ekceli ai nk masak2 td, tetibe plak ada org cal tnye pasal rumah. Jd scra xtsngaja teronline n tmasuk dlm blog plak (tipu tersengaja) hehe. Testing jek sbnrnye. Jom nk g masak jap~! Tata. Later, okeyh.

Miss Nur:besh2 len x xyah sebok2 cri miss pink nk berblogger~! Ehehe

Saturday, October 23, 2010

Untuk Lalingku~!

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangat nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok ~dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan?

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau.  Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).

Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^

*******************************************************************************

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam..

~Allah adalah sebaik2 perancangan.....~ 


Miss Nur:  ******* Terima si dia seadanya dia......*******

Tuesday, August 24, 2010

a While~!

Assalamualaikum & hai~!

Apa khabar? mga kalian(kamu dan kamu) sihat2 alhamdulillah ye..Amen.

a while. aku menyepi. a while aku busy. a while aku ceria. a while aku  gembira.

tup2 dah pose. tup2 dah nak raya.

hmm. (ape le ku bebel ni) hehe.

Senarai semak : ~to do list - today~!

1- Siapkan marking paper math kertas 2.

2- Key-in markah SAPR.

3-Bagi markah cikgu steward. done.

4- Bagi markah 4D-cikgu dilla.Done

5- Hantar Logo PRS-Cikgu Irwan by mail.

6- Isi attendance+kemas dan balut buku attendance.



Miss Nur: ********** be happy ******************

Tuesday, July 27, 2010

Anak-anak fruit yang cumil~! :)

Assalamualaikum and hai~!

Actually ai ni dalam mode yang agak sedih, haru and sayu lepas talking to brother I*** over the yahoo. Dia betul. He has right. But im not.

Xpelah, biarkan berlalu. Mood baik updates.Baik update cecepat kan. :D
Nak tempel gambar2 anak fruits yang cumil2, cek teh wemdduuuuuu sangat~! tengok n ngadap laptop muke2 dowang ni buat cek teh senyum samapi tinge~!

Sungguh, ai sangat wemdu dowang2 ini.


Si Cumil ~adik hadi + aziz + alim~! :)







Miss Nur: Cutenye budak2 kecik, xsabar plak nak anak2 sendiri :p..bestkan aser..ehhehhe

Wednesday, July 21, 2010

Request from him...

Assalamualaikum & hai~!

Semalam ai baru siap banner untuk Mr. I ...dia request untuk big program dia kat skolah nti.  Dia cakap dah siap antar kedai printing gik.

Skang back to bz mode, sedikit persiapan untuk lawatan nazir ke skolah sok. Smlm ai sakit *headache* yg worse jgk. Tido awal. Malam ni berazam untuk gigih :P..Alhmdulillah headache da ok, cume sakit pewot jek skit. :)







Miss Nur: Mode membizikan diri...jom~! :)

Monday, July 19, 2010

Ayam Percik Istimewa Kelantan plus sayur goreng~!

Assalamualaikum & hai~!
Sowie baru menjengah blog, bile bz mood untuk melawat blog pun tergendala..hehe. Jadi seperti yang dijanjikan, ai nak share resepi Ayam Percik Istimewa ala kelantan & Sayur Campur Goreng~

Ekceli dah lama nak share sejak kak niza mintak resepi hari tu, sowie ye kak~ baru berkesempatan. Lepas ni akak try wat sendiri ye..hehe.

Kat bawah ni ada ringkasan bahan untuk dua masakan tu. Xsusah.  Selamat mencuba :)

1- Ayam Percik Istimewa Kelantan.

Bahan untuk Ayam
 
1) Ayam - dipotong empat (1 ekor)
2) Bawang putih (4 ulas)
3) Halia (2 cm)
4) Garam (sedikit)
5) Serai - untuk mengalas periuk (4 batang)


Bahan untuk Kuah Percik
1) Santan (2 cawan)
2) Halia - dihiris nipis (2 cm)
3) Bawang Merah - dihiris nipis (4 ulas)
4) Serai - dihiris nipis (4 batang)
5) Gula dan garam (sedikit)
Cara-cara untuk memasak ayam percik ini:

Mula-mula, kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air. Kisar sehingga hancur sebati

Seterusnya masukkan bahan tersebut ke dalam periuk, diikuti dengan santan, garam dan gula. Kacau rata dan ketepikan sementara

Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur, dan masukkan sedikit garam. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan ini.

Selepas itu, masukkan sedikit air ke dalam periuk yang dialas serai tadi dan aturkan ayam di dalamnya. Kemudian curahkan sedikit, bahan untuk kuah percik tadi ke atas ayam

Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga ayam empuk

Sambil itu masak kuah percik tadi sehingga separa masak.
Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul dan ketepikan dahulu

Apabila ayam tadi telah empuk, angkat dan aturkan di atas penyepit untuk dibakar.

Panggang ayam tersebut dan balik- balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar warna.

Seterusnya, curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan ayam tersebut dan bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering.

Ayam percik ala kelantan pastinya enak dimakan sebagai hidangan bersama nasi mahupun diratah begitu saja.
Sodap aihh.hehe.


 (Kuah yang selebihnya boleh di curahkan ke atas ayam yang siap dipanggang dan sedia untuk dihidangkan dihidangkan.)

 Ayam Percik Istimewa Kelantan sedia untuk di mamam~! Nyum3~!

Miss Nur: Tips untuk lbh umpphhh~ 2 batang serai diketuk, kemudian gunakan serai ini untuk menyapu sedikit minyak semasa proses memanggang, tp jgn sampai TERhangit~..hehe. Selamat memasak~ :)

2- Sayur Campur Goreng 


 Bahan-bahan:

1) Brokoli (100g), Lada Benggala (Hijau +Merah)
2) Bunga Kobis (100g)
3) Jagung Muda (100g)
4) Kobis Cina (100g)
5) Lobak Merah - dipotong nipis (1/2 biji)
6) Ayam - dipotong dadu (50g)
7) Sotong- dipotong bulat
9) Udang - dibuang kulit
8) Halia Muda - ditumbuk (1/2 cm)
9) Tepung Jagung (1 sudu besar)
11) Stok Ayam (sedikit)
12)
Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
13) Serbuk Lada Sulah (sedikit)
14) Gula (secukup rasa)
15) Garam (secukup rasa)

Cara untuk menumis sayur ini:
 
Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan halia. Masukkan ayam, kemudian sotong diikuti udang.Kacau hingga empuk.
Masukkan lobak merah, stok ayam, garam, gula, dan serbuk lada sulah. Biar mereneh hingga lobak empuk. Masukkan air jika masakan kering.
Masukkan brokoli, sayur lobak hijau, lada benggala (merah +hijau) dan bunga kobis.
Pekatkan kuah dengan tepung jagung yang dicairkan dengan sedikit air.
Masukkan kobis cina dan jagung muda.
Goreng hingga semua bahan empuk dan sebati sebelum dihidang.



 Yay~! dah siap sayur campur goreng~! :)
Simple je kan cara nak buatnya? Selamat menggoreng sayur. Hehe.


Miss Nur:Sayur goreng ini sangat ringkas dan senang dimasak. Jadi ringan2kan tangan untuk nyalakan api dapur anda~! :) Boleh juga diubahsuai mengikut citarasa anda.



Thursday, July 1, 2010

Cooking Mode : Ayam Percik

Nyum3~! sedapnye bile tengok tajuk di atas~!                 {.............................................................}

Tanda tersebut menandakan ai tengah berfikir panjang. Bestnye kalo ade oven. Best nye kalo dapat masak ayam percik ala kelantan. Yang berkuah putih. Yang hanya didapati di bazar2 ramadhan time pose kat kelantan. nyum#~!

Gulpp~! yummy n delishes neh~! hehe.

Macam nk masak, tapi xder oven.
{tapi oven boleh beli} jom beli oven? {tapi, nak beli kat mana?}

Kedai letrik la la kak oit. Hmm. pk. pk. pk. minggu ni nk surprise kan dia. kan larik budget? {cukup kot}

SO, keputusan:: arini masak ayam percik. yayay~! bahan dah ada cuma santan jek.

dah terbayang2 kesedapan nye macam ini~
;
;
;
;
;
V






Miss Nur: Semalam lapar sesangat bila xmasak. Arini tebus kesalahan semalam. :)
Related Posts with Thumbnails
.

Thanks for visiting

*Nur's Diary*(*_^)